Wednesday 24 July 2019

Perth Trip 2019 [Part 2]

Assalamualaikum uolls~~

Tibe2 terpanggil untuk nak sambung post pasal trip Perth aritu...ni semua sebab takut gambar2 ilang lagi, at least ade kat sini..
Gambar2 trip2 yg sebelum2 ni semua dah musnah..semuanya sebab laptop rosak... Laptop mogok, terjun dalam lopak air, lepas tu terus xblh on & semua xdpt diselamatkan T_T

Jom sambung day 3 - 5 untuk Perth trip aritu jommm..

Day 3 (Pinnacles, Lancelin Dunes)

Pagi2 tu ktorg dah siap2 awal utk g ke Nambung National Park. Perjalanan ambik masa dalam 2jam macam tu...

Dalam perjalanan ade berenti kat 1 stesen minyak ni, jumpa la jajan biskut cokelat...Beli sbb bosan otw tu klau x mkn, mmg tdo la jawabnya...Jajan tu nama teevee...sumpah sedap giler...cokelat dia melting dlm mulut + biskut rangupp tu...pehhh, mmg A++ laaaa...haha

Jajan sedap bersama model jajan... menyesal beli 1 je sbb diorg concur jajan tu, x pass bg kte balik -_-

Kitorang sampai kat Nambung National Park tu dalam pukul11++ mcm tu, Ya Allah, panas giler...pokok ape pon takde, yg ada cuma pasir & batu sahaja...aiyoyo~~~

Batu dan pasir sahajaaaaaa x_x
Lps van berenti, ape lagi, masing2 cari la port utk bergambar kenang-kenangan...






Lepas puas bergambar, kami dibawa ke Pinnacles Desert Discovery Centre. Kat situ baru kami tau serba sedikit tentang tempat ni..Sebelum ni main ambik je gambar, xtau pon ape benda batu2 ni semua kan....

Sedikit latar belakang tentang Nambung National Park ni:
Batu-batu / pillars ni mengambil masa yg sangat la lama untuk terbentuk, bukan sehari dua je tau...so jgn gatal tgn nk rosakkn okay....bayangkan, 1 pillar ambil masa mungkin ambil ribuan, malahan mungkin jutaan tahu dan dekat national park ni, ada beribu-ribu pillars =_= .... Subhanallah dengan kuasa-Nya tak ada yang mustahil kan. Sejarah pembentukan batu-batuan di The Pinnacles Desert adalah dipercayai daripada seashells di lautan yang mereput beribu-ribu tahun lalu dan akhirnya diterbangkan ke kawasan Nambung National Park dan terkumpul menjadi batu-batuan unik. Kawasan The Pinnacles Desert sangatlah luas, kalau nk menapak, memang x mampu rasanya

Okay, selepas tu, kami dibawa untuk bermain papan luncur atas darat..hik hik hik...Perjalanan dari Nambung National Park ke Lancelin Dunes tu ambil masa tak sampai 1 jam...

Sampai je Lancelin Dunes, kami disajikan dengan pemandangan serba putih, siap dengan angin yg bertiup kuat....






Sekejap aje main pasir ni, sebab tak tahan pasir masuk mulut & mata, angin terlalu kuat...Tapi, memang pengalaman yg kelakar pun ada... Nk naik ke bukit pasir tu bukan main lama + seksa...Nk turun, sekelip mata (faktor berat badan jugak kot, hahahaha)

Disebabkan activity kami siap awal dan cuaca cantik, tour guide kami bawak kami ke Moore river utk picnic pulak..

Mula-mula tour guide ckp nk bawak ke sini, aku takde la excited sangat ke ape. Tapi, bile dah sampai & tengok tempat tu,speechless ! Subhanallah, indahnya ciptaan-Nya. Aku bagai terpukau menyaksikan keindahan fenomena ini. Rupanya, Moore River ni adalah pertembungan antara sungai dan laut yang dipisahkan hanya dengan benteng pasir. Hebat kan!








Lps dah menikmati pemandangan sambil makan Dorito, minum kopi, kami pon gerak balik ke homestay... Kat sini, pukul5-6 mcm tu dah sunyi sebab dh mule gelap...

Ok, sampai sini dulu utk cerita day 3...Nanti sambung lagi :)

Tuesday 23 April 2019

Perth Trip 2019 [Part 1]

Terasa nak kongsi mengenai perjalanan sepanjang percutian kami pada awal bulan April aritu ke Perth, Australia.
Kami pergi 8 orang kesemuannya; 6 dewasa, 2 kanak-kanak.

Day 1 (Perth City tour)
Kings Park botanical garden > Blue boat house > Bell tower > Elizabeth quay > Matagarup bridge > Chemist warehouse> Hay st, Murray st, London court

Bergambar 1 group depan King Park signage

View dari atas bukit kat Kings Park
View Perth city dari atas bukit kat Kings Park (g malam hari ke2)

Blou boat house.. time ni angin super kuat...
Jalan2 cuci mata kat London Court

Day 2 (Fremantle tour)
Fremantle city > Mandurah dolphin private boat tour > E-Shed market > Lunch @ kailis Fish & Chips > Rainbow container > Monument Hills

Baru sampai, terus dok posing nk amek gambar XD

Nampak terik, tapi suhu dia sejuk nak amatttttt!!!


Yeayyyyy, Alhamdulillah, rezeki jumpa banyak sgt dolphin 

#dolphin


Dgn pekerja yg sewakan boat...1 boat ni cuma kami 1 group (8 pax)










Ok lah, utk day3-5 kte sambung esok...bye...
Assalamualaikum ☺️

Monday 22 April 2019

Kebosanan

Salam....
Arini smpah bosan dah tahap langit ke-7... Aduhaiiii....Kerja berlambak, tapi takde mood nk buat kerja....
IATF audit lagi tak sampai sebulan...
Btw, diam x diam, dh 6tahun++ aku kerja kat sini...dalam pada kata xbest keje sini tu...hahaha...
dah la, chow dulu...nnt nk tulis pasal trip ke Perth aritu...yeeehaaaa....


Friday 17 March 2017

Dah lama x bebel dlm ni..

Salam...dah lama kan x bebel dlm ni....muahahahaha....xtau lah nk bebelkn ape sbb busy manjang dgn kerja...

Bile scroll2 balik...Tahun 2016 langsung takde post pape....

Tahun yg paling busy...lols...walaupon nmpk mcm over, tp mmg betul ak rase last year tahun pling busy =.="

Nanti mcm nk cite psl tragedi sebelum kawen, persiapan perkahwinan....berangan dulu x salah kn...hahahaha XD

Monday 27 July 2015

Detox Water?Ape tu?Best ke???

Salam & hi alls...

Lama dah tak menulis kan... a bit busy lah...macam2 nak kene settlekan... haha...

So, topik arini >> Detox Water / Infused Water!!

Menarik kn?? jadi lagi menarik sebab baru lepas raya kann... so, memang berat badan bagai dipam-pam la kan...haha x__x


Jom berkenalan dengan air detox / detox water ni::

Air Detox atau juga dikenali sebagai Infused Detox Water biasaannya digunakan untuk menguruskan badan secara sihat tanpa perlu menelan pelbagai jenis pil untuk menguruskan badan. so, sape yang ada angan2 nak kurus mcm iolls ni, jom la try...cuma so far iolls x bejaya lagi la nk kurus  -_-"

Selain berkesan dan menjimatkan, Air Detox juga mudah disediakan dan yang paling penting ianya asli tanpa penggunaan bahan yang meragukan <dan SEDAP!!hahaha>  n__n

Apa Kelebihan Air Detox?
Bahan utama untuk membuat air detox adalah air kosong yang dicampurkan dengan buah ataupun herba. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan meminum air detox ni yang memang dikatakan sangat baik untuk kesihatan.

Antara kebaikan atau kelebihan Air Detox:
  • Untuk Membekalkan Tenaga
  • Mencuci Perut
  • Menyegarkan Nafas
  • Menyingkirkan Toksin
  • Untuk Kesihatan Tulang Dan Tisu
  • Anti Penuaan
  • Melegakan Sakit Sendi
  • Mengawal Tahap Gula Dalam Darah
  • Membuang lemak..
  • Mengurangkan Alahan



Setiap campuran bahan yang berbeza akan menghasilkan kebaikan atau khasiat yang berbeza juga. Dalam entri seterusnya esok, puteri akan kongsikan cara untuk membuat air detox untuk keperluan yang berbeza.

JOM RAMAI-RAMAI BUAT AIR DETOX YA KAWAN-KAWAN!!

Tuesday 26 May 2015

Info Perfume Part 2 : Perbezaan gred minyak wangi

Salam & hi uolls,

haaaa, sebelum ni TG dah share pasal kategori perfume kan...lom bace??ok la, bole bace kat sini...So, kali ni TG nak cite pasal gred2 perfume pulak...korang mesti penah dengar tentang gred2 perfume ni kan, especially customer TG la kan..hahaha...

so, jom check it out ~

Gred 3A:

  • Biasanya lagi murah dari gred 5A & haruslah lagi murah dari ori kannnn...
  • Warna & kepekatan cecair yg lagi cair
  • Ketahanan bau: around 4 hour
  • kalau duduk dalam aircond je , ok dah gred 3A ni...tp kalau duk merayau tgh panas mmg 2jam dah tak bau dah la...

Gred 5A:

  • Semua nak sama dengan yang ori, tapi still tak dapat lawan yang ori la...
  • Ketahanan bau: around 6-8 hour
  • kadang2 perfume gred 5A ni dijual dengan harga yang murah hingga hampir sam dengan harga gred 3A...Sebab apa? sebab nak promosi la beb :)
Original reject:

  • Perfume ori tapi ada physical defect seperti - tutup calar, tutup longgar, botol calar, printing kat botol tak jelas and so on...
  • Dijual tanpa kotak < Please take note ya! 
  • kadang2 perfume gred 5A ni dijual dengan harga yang murah hingga hampir sam dengan harga gred 3A...Sebab apa? sebab nak promosi la beb :)

Okay, nampak tak perbezaannya disitu?? Best kan info2 ni...hehehe...

So, now TG nak promote sikit barang jaualn TG ni....
TG ade buat promosi perfume gred 5A Dubai. Kalau aritu TG jual perfume gred 3A Dubai dengan harga RM40/botol, now TG nak jual yang gred 5A punya dengan harga RM50/botol sahaja!!!Murah gile babas kannnn!!!!!

Tunggu ape lagi???Jom la grab...Nak beli banyak2 pon bole..Bole buat:




  • Guna sendiri
  • Bagi mak / ayah
  • Bagi awek / pakwe
  • Abg2 yang single lagi bole guna nak tackle awek :)
  • Bagi anak2 (nak elak diorang rembat perfume korang..haha)




Info Perfume Part 1 : Perbezaan kategori dalam minyak wangi

Salam & hi semua....
Sape suke perfume a.k.a minyak wangi, sila angkat kaki tangan!!!
Mesti ramai yang suke kannnn...wangi & fresh gitew~~

Since iolls dah terlibat secara tak langsung dengan perfume ni, kali ni TG nak share few info pasal perfume ni siket... (..now nak pakai nickname TG which stand for Tempe Goreng!!hahaha)

  • Eau de Cologne (EDC) : Hanya mengandungi 3 hingga 5 peratus esen pewangi. Kalau korang pakai pagi before g keje tu, time nak pegi lunch tu bau dah tarak la...balik dari lunch, panas2, bau perfume dah takde, ganti bau tengik~~ pengsan!!
  • Eau de Toilette (EDT) : Hanya mengandungi 4 hingga 8 peratus esen pewangi dan sedikit semburan cuma mampu bertahan sehingga lewat petang.
  • Eau de Perfume (EDP) : Mengandungi 8 hingga 15 peratus esen pewangi. Semburannya boleh bertahan sehingga lewat malam.
  • Perfume : Mempunyai esen pewangi yang terbanyak iaitu 15 hingga 30 peratus. Ia mampu bertahan sehingga satu hari.
Haaa, nampak tak perbezaannya disitu?? Best kan info2 ni...hehehe...

So, now TG nak promote sikit barang jaualn TG ni....
TG ade buat promosi perfume gred 5A Dubai. Kalau aritu TG jual perfume gred 3A Dubai dengan harga RM40/botol, now TG nak jual yang gred 5A punya dengan harga RM50/botol sahaja!!!Murah gile babas kannnn!!!!!

Tunggu ape lagi???Jom la grab...Nak beli banyak2 pon bole..Bole buat:

  • Guna sendiri
  • Bagi mak / ayah
  • Bagi awek / pakwe
  • Abg2 yang single lagi bole guna nak tackle awek :)
  • Bagi anak2 (nak elak diorang rembat perfume korang..haha)






Tuesday 28 April 2015

Mukaku rasa MERENYAM!! Macam kene miang buluh~~!!!

Salam & hi sume...

Huwaaaa~~~
Arini rase sangat la tak selesa...gatal,merenyam segala bagai..dah la mood tak berapa elok since semalam..tambah pulak arini muka rase gatal2 jek...hadoii...memang haru la kannn...Rasenya ni sume disebabkan pencuci muke yang baru try tu kot...maybe tak sesuai dgn muka saya ni ha..Sedihnya rasa sebab dah almost 2 years still tak jumpe lagi pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka ni ha...sensitip sangat agaknya..maka selamatlah pencuci muka ni ke dalam bakul sampah...daaaa~~~
Bye~~
Nak dijadikan cite (cara sembang kalah mak jemah la.. ), iolls dah try macam2 produk,tapi still tak jalan..hai la gervenne, kenapa la susah sgt nak cari kamo ni..kalau tak mesti daku tak berpaling tadah pada yang lain..rasenya pakai since 2005/2006 sampai la 2013..memang best pakai..rase cam bersih je muke ni especially lepas pakai scrub dia, walaupun muka iolls ni memang kurang bermasalah (alhamdulillah) dari segi jerawat ke ape ke, tapi perasaan muke bersih & segar sentiasa tu memang best..tapi terpaksa stop pakai sebab susah nak amat nak cari brand ni kat Muar now...lepas tu bermula la pencarian facial cleanser yang masih belum jumpa penghujungnya.. T_T
Siap ade royal jelly oke...miss u sooo much...sobs T_T

Disebabkan perasaan yang sangat tak selesa tu, iolls balik awal..pukul6.09 dah start enjin..hahahaha..Dalam hati nanti sampai rumah nak buat pembersihan tahap majlis bandaraya punya..So, lepas mahgrib bermula la misi mengemas...pd hal sapu & tukar cadar je pon..sembang cam kemas 1 rumah..hahaha... ~.~"

Now, misi mencarik lagi ape skin care yang nak dicuba..dalam aty cam nak cuba neutrogena jek..salah satu sebabnya adalah cam senang nak carik..kat watson ade, guardian ade..haaa, hopefully takde la jadik cam kes gervenne tu kan... ^_^

Tapi, maslahnya sekarang tak tau nak try set yang mana 1 sebab sume nampak cam best..huwaaaa~~~ (gambar ihsan pakcik gogel)

Set deep clean ni rasenya normal set kot..

Set ni pulak, katanya more pada make up remover..iolls ni mane la ade mekap2..tak reti makk...

Yang ni nampak cam best jekkkk~~~ Fine Fairness katenyerrrrr~~hehehe

So, bagi la masa sikit kat kulit muka ni untuk sembuh dari gatal2, baru la beli...tak tau lagi nak beli mane, tapi takde hal la kan..ade mase lagi..kalau agak2 tak tau gak, nanti sampai grab je la mane2 pon..hahaha..tapi so far tak jumpe lagi trial pack..kalau ade trial pack kan sonang..takde la membazir..huhuhu...