Saturday, 13 August 2011

Cowboys And Aliens



Cowboys And Aliens ni citer tentg penduduk sebuah pekan koboi kat area Arizona, Amerika nuuu. . . di0rang nih berusaha keras menentang serangan makhluk asing yang muncul dari langit  ( di0rang anggap mende ni SETAN. . .! ) Nama pekan koboi tempat di0rang tinggak tu Absolution . 

Cerita Cowboys And Aliens ni bermula bila Jake Lonergan (lakonan Daniel Craig), terdampar tanpa sebab di pekan Absolution, hilang ingatan dan di tangan kirinya ada gari ganjil yang sungguh misteri, nampak moden.

Dia tak tau kenapa kat tangan kiri dia ada benda tu sebab dia langsung tak ingat. . .  Dek kerana hilang ingatan, si Jake Lonergan ni p0n tak tau la yang dia ni sebenonyer adalah penjenayah paling dikehendaki terutama oleh orang paling berkuasa di pekan Absolution, Kolonel Woodrow Dolarhyde ( lakonan Harrison Ford ). . .  Dia baru tahu dia adalah penjenayah apabila di tunjukkan poster 'wanted' yang ada gambar wajahnya !

Ketika Jake Lonergan ditangkap, pekan itu tiba-tiba diserang oleh kapal makhluk asing yang muncul secara tiba-tiba dari angkasa. . . . Serangan makhluk asing tu membunuh ribuan orang dan memusnahkan banyak harta. . . . Rupa-rupanya gari misteri yang terpasang di pergelangan tangan Jake Lonergan adalah alat senjata yang boleh memusnahkan makluk asing tu, tapi dia tak dapat melakukan serangan berseorangan, maka dia terpaksa bekerjasama dengan orang yang menahannya, Kolonel Woodrow Dolarhyde dan musuh-musuhnya demi menyelamatkan pekan Absolution dari ditakluki makhluk asing. . . 







hurm, dah2 la tu aku citer. . . kalu nak tau lagi, g la teng0k kat wayang yek. . . =)


Selepas filem Independence Day n Skyline ( bes gak cite nih ), Cowboys And Aliens p0n guna tema yang sama iaitu penjajahan makhluk asing, cuma ruang masanya berlainan. Tahun di dalam jalan cerita Cowboys And Aliens adalah dalam kerangka masa tahun 1873, manakala kisah dalam filem Independence Day dan Skyline berlaku di zaman moden.


s0, pakat ramai2 p teng0k yea . . . =)

trailer citer ni sila kelik sini



. . . hari sengal . . .

As Salam . . . .

hye3 . . . .

lme dah tak tulih kat bel0g nih kan . . . . .  rindu giler . . .  hahahaha  ;)

arini aku saje jek nak tulis pasal kejadian yang berlaku kat aku with my 2 best buddies ari Khamis ( 11 Ogos 2011 ) aritu . . .

~ ~ START ~ ~

pagi tu kit0rang cam biase la, g kelas sume. . . habis jek kelas kit0rang tr0s la g library JMTi tuh...tgk2 TUTUP ! ! ! ! . . .ado0o0iiii. . . p0t0ng bet0l la . . . kit0rang baru jek nak cari bahan untuk FYP kit0rang < < tunjuk rajin seben0nyer. . hahahaha . . .pastu kit0rang d0k la temenung kat depan l0bi jabatan TKM tuh . . . tibe2 b0b0 bagi idea t0k g library awam kat seberang jaya nuuu . . . then, dengan sepantas kilat kit0rang gerak g sane ( dengan memakai jaket JMTi . . ! ! !giler kan . . ? ! ! ) . . . pas sampai ter0s bermula la misi mencarik bahan . . . TAPI . . . satu buku yang ada kaitan dengan tajuk pr0jek  p0n takde . . . D.A.M.N .  . ! !

s0, ape lagi, keb0sanan p0n melanda diri kit0rang. . . zzzzzzz ~ ~ ~

pastu kit0rang cakap, j0m BALIK . . . b0san ar . . . ! ! !

on da way balik tu kit0rang kene lalu depan SUNWAY CARNIVAL . . time tu cane ntah kit0rang punyer kete 'terbel0k' mas0k kat parking sunway tuh . . .hahaha =)

bile dah mas0k tuh, aku n da gang p0n pikir2 la, ap nak wat kat cini eak . . ?bling. . idea datang . . !

j0m teng0k WAYANG. . . !hahahaha =)

ushar punye ushar cite yang ada, last2 kit0rang wat keputusan nk teng0k cite c0wb0y & alien < < citer aku . . yeay. . .  ( seben0nyer puas gad0h nak teng0k citer ape . .s0rang nak teng0k captain america, s0rang nak teng0k zo0keeper. . yang aku lak nak teng0k c0wb0y & alien ). . .



sementara nak tunggu wayang start, kit0rang p0n merayap la kat sunway tuh . . ade kete api terbabas mas0k sunway beb. . . !pas puas teng0k kete api tu kit0rang gerak g f0fuler lak . .

JTM beb . . !

let's check it 0ut. . !

anda dah sampai ke stesen sunway yea . . =)

hai sayang, mari saya hantar balik. . . hahahaha =)




kacang puteh . . !


tiket raye ada tak jual nih. . ?

tiket abeh, nak l0mpat naek tak lepas, cne nih . . ?

balik naek besikal la. . j0m. . hahahaha =)



p/s : mamat yang amek pic nih tangan pengk0r la aku rase, sebab tu pic sume gegar. . . ! chitttt. . . !

pas dah cuk0p taim, kit0rang p0n teng0k la citer tuh . . 0k la, n0t bad..( kalu nak taw citer tu pasal ape, b0le la bace entry pas entry nih k . .  jap ag ak menaipnyer. . . lalalala ~ ~ )

abeh neng0k cite, kit0rang g buke p0se kat sila o0o sila . . n pas buke, ter0s balik JMTi . . .

~ ~ END ~ ~

p/s : aku n da gang ngah tunggu k0misen dari JMTi nih sebab t0l0ng pr0m0te JMTi kat library, sunway n wayang . . . hahahaha =)




Tuesday, 2 August 2011

ramadhan datang lagi...

yes, alhamdulillah ramadhan datang lagi tahun ini untuk sama2 kita meraikannya....

semalam, alhamdulillah aku dapat menjalankan ibadah puasa dengan jayanya walaupun ada sakit2 perut gak...

hurm, aku ada pergi f0rum sempena bulan Ramadhan ari jumaat lepas... kat JMTi je pun...tapi 0ke la, dapat banyak jugak input.... Ustaz yang datang dua 0rang ( Ustaz Bakri & Ustaz Izad Hambali ).... Ustaz Izad ada cakap....

BULAN RAMADHAN NI BULAN PESTA... PESTA IBADAH... TAPI KITA SEKARANG BUAT BULAN RAMADHAN NI MACAM PESTA MAKANAN JEK...!!!

tyme Ustaz cakap 2, terasa cam ada sp0tlight suluh kat aku jek...hahahaha...terasa aku.....

xpe la, pape pun, yang penting kita cuba laksanakannya sehabis baik....jangan d0k kejarkan terawih, tapi s0lat 5 waktu KANTOI..peringatan untuk diri sendiri juga....







Friday, 22 July 2011

asus automobili lamborghini vx7 babe..!!!

hai3 ~ ~ ~

k0rang nak tau tak, ASUS & LAMBORGHINI ad wat usahasama beb....biar bet0l . . . ? ? hahahahaha . . . bet0l la . . .geram jek aku tengok laptop ASUS AUTOMOBILI LAMBORGHINI < < nape la macam bahasa ind0n lak nih..?? ntah la, tibai jek la...

j0m kite intai2 sikit > >

ni gambar kepala iklan dia . . . gambar pon dah gempak . . . !!!

now jom tinjau2 specification dia lak....



Processor:
> Intel® Core™ i7 2630QM

Operating System:
> Genuine Windows® 7 Ultimate
> Genuine Windows® 7 Professional
> Genuine Windows® 7 Home Premium
> Genuine Windows® 7 Home Basic

Memory:
> DDR3 1333 MHz SDRAM,4 x SO-DIMM socket for expansion up to 16 G SDRAM

Display:
> 15.6" 16:9 Full HD (1920x1080) LED backlit

Graphic:
> NVIDIA® GeForce® GTX 460QM with 3GB GDDR5 VRAM

Storage:
> 2.5" 9.5mm SATA
> 750GB 5400rpm/7200rpm
> 640GB 5400rpm
> 500GB 7200rpm
> 500GB 7200rpm With 4 G SSD

Optical Drive:
> Super-Multi DVD
> Blu-ray Writer
> Blue-ray reader

Card Reader:
> 8 -in-1 card reader ( SD/Mini-SD/ MS/ MS Pro/ MS Duo/MS Pro Duo/ xD/ MMC)

Camera:
> 2.0 Mega Pixel web camera

Networking:
> Built-in Bluetooth™ V2.1+EDR (Optional)
> 10/100/1000 Base T

Interface:
> 1 x Microphone-in jack
> 1 x Headphone-out jack (SPDIF)
> 1 x VGA port/Mini D-sub 15-pin for external monitor
> 1 x USB 3.0 port(s)
> 3 x USB 2.0 port(s)
> 1 x RJ45 LAN Jack for LAN insert
> 1 x HDMI

Audio:
> Built-in 2 Speakers And Digital Array Microphone
> Built-in Azalia compliant audio chip, with 3D effect

Battery:
> 8Cells : 5200 mAh 75 Whrs

Dimensions:
> 40.2 x 30.9 x 5.00 ~5.79 cm (WxDxH)

Weight:
>3.82 kg (with 8 cell battery)

harga laptop ni tak silap aku... 3,000 USD!!!

 pergh,kalu darab dengan duit malaysia ni bape la eak..??!!!mampos..!!!

dah2, jom kite tengok video preview mende ni jom... x dapat nak beli, dapat nak berangan pon jadik la~~~ T_T






ni pulak gambar2nyer > > >

pergh... sempoi~~~

geram jek aku teng0k...!!!

alahai, bile nak dapat nih....
( kalu korang perasan, sebelah t0uch pad tu bukan sebarangan punyer material die gune k!! )

ado0oiii, ku tergoda..!!!


p/s > nak bende ni sebagai hantaranku nanti b0le tak..?hahahahaha~~~




Tuesday, 19 July 2011

vidEo sUda mALi ~ ~ ~

hye frenz ~ ~ ~

arini dh d0wnl0ad dah vide0 lagu hakikat sebuah cinta....

thanx 2 mr.hasbullah sebab t0l0ng ubatkan IDM ku tue....

... pr0blem ...

thanx....


s0 n0w, j0m layan lagu nih ....

lalalalalalalala ~ ~ ~






. . . . .  . . . . . . . . . . . . . . . . .





Monday, 18 July 2011

LiRik LagU HakiKat sEbUah CiNta


hai3~ ~ ~


mesti korang pelik kan nape la tibe2 je aku nak bagi lirik lagu nih kan (pelik ke?tak k0t...) 


ecely, aku ada terdengar lagu nih masa lepak2 kat kafe tadi... pastu aku tanya la mamber aku ape tajuk lagu ni,tapi dia lupe.. s0,dengan perasaan giler punye tak puas hati, aku balik bilik n search la kat go0gle... lastly, jumpe la aku tajuk + lirik + video lagu nih....thanx yea mr.go0gle =)


tapi wat masa ni video takde lagi sebab IDM aku tengah biol ! ! ! !



ni liriknye yea kengkawan > > >


Hakikat Sebuah Cinta - Iklim


aku adalah insan yang tak punya
cuma rasa cinta membara
lalu tercipta rinduku padanya
kerana cinta bahagia

pujangga mengatakan bahwa cinta berharga
dari emas dan permata
lalu ku bawa cinta di persada jiwa
sinar menyuluh gelita

reff :: sewaktu debar cintamu terasa melanda
bangkit rinduku padamu di ketika itu
lalu tersentak diriku sadari lamunan
kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan

* repeat reff 

aku adalah insan yang tak punya
kilauan emas permatalalu ku coba menaburi cinta
bagimu tiada nilainya, tiada harta dan cinta


kumpulan IKLIM


Sunday, 17 July 2011

Bulan Sya'ban, bulan persediaan di ambang Ramadhan


Kelebihan bulan Sya`ban

  1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
  2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
  3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
  4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
  5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
  6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
  7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
  8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
  9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
  10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
  11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
  12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
  13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
  14. Barangsiapa membaca,  Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir. ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).
  15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;  1) Orang yang kekal minum arak    2) Orang yang durhaka kepada ibubapa      3) Orang yang kekal dalam zina     4) Orang yang banyak berkelahi     5)Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta   6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).
  16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
  17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya: (Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
  18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w". (Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
  19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.



Selamat membaca & marilah kita sama-sama berdoa agar amalan kita diterima-Nya...amin....




...1...2...3...4...

As Salam....

hai3... =)

hurm, best gak wat bl0g ni..... yela, bile aku b0san2, tak tau nak wat ape ( macam sekarang ni ha ), b0leh la aku meny0nteng kat bl0g ni ha.... hehehehe~~~

0key lah, aku sebenarnyer nak share sumting dengan k0rang walaupun rasenyer k0rang sumer dah tau pasal mende nih.....

sebelum tu, j0m check 0ut lagu nih (sambil2 dengar ley la nyanyi skali,lirik ada tu)  > > >


dari vide0 ni, aku dapat banyak pengajaran.... kadang2 sampai menangis aku dibuatnyer.... 

yelah, kalau untuk pakwe @ kawan, semua b0leh... sanggup berjimat semata-mata nak belikan hadiah hari jadi untuk dia... tapi hari jadi ibu...??

aku ingat lagi, waktu aku f0rm 5 dulu, kawan aku nak pinjam n0vel, aku p0n usung la segala n0vel yang aku ada nak bawak g sek0lah.... sebel0m ibu masuk kereta, aku dah letak beg plastik yang aku letak n0vel tu kat  bawah tempat duduk belakang supaya ibu tak nampak...sebab ibu dah pesan awal2, tak payah bagi kawan pinjam n0vel tu sebab dah banyak n0vel aku hilang lepas kawan pinjam... ibu cakap n0vel bukan murah... tapi, ntah kenapa waktu tu, aku langsung tak ambik kisah pesanan ibu....

then,bile sampai sek0lah, aku cepat2 amek beg tu... ibu tanya, bawak apa tu ipah?... tapi aku buat2 tak dengar & ter0s tutup pintu kereta....

balik sek0lah tu, dalam kerete ibu langsung tak cakap dengan aku... mulenyer aku tak perasan p0n yang ibu terasa dengan sikap aku... tapi bile sume yang aku cakap ibu diam je, aku mula panik... kenapa dengan ibu ni?.... pastu, tibe2, ibu menangis...ibu cakap, apa yang ipah tak cukup lagi?apa yang ibu tak buat untuk ipah lagi?kenapa ipah buat macam ni kat ibu?kenapa ipah tak dengar cakap ibu? ayah dah takde, ibu keje s0rang untuk tanggung family kite, walaupun gaji tak seberapa, tapi ibu belikan jugak ipah n0vel setiap bulan sebab ibu tau ipah suke bace n0vel, tapi ini balasan ipah....

lepas tu, bile sampai rumah ibu ter0s mas0k... langsung tak teng0k aku.... aku rase serba salah giler.... ter0s aku keluar pegi public ph0ne... k0l kawan2 aku, nak mintak n0vel balik....alhamdulillah, kawan2 aku paham, petang tu dia pulang balik sume n0vel aku.... lepas tu, aku mulakan misi mintak maaf kat ibu... macam2 aku buat... aku masak... bas0h baju... kemas rumah... g0s0k baju... sumer la aku buat.... dalam hati aku cuma berharap yang ibu maafkan aku je.... aku taknak jadi anak derhaka... alhamdulillah, es0knyer ibu mula cakap dengan aku...walaupun tak banyak,tapi 0k la.... =(

lepas2 kejadian nih... aku cube yang teramat baik untuk jaga hati ibu aku.... seingat aku, aku tak pernah tinggikan suara dengan ibu aku... sebab tu, aku sedih bile dengar anak2 tinggikan suara dengan ibu @ ayah di0rang... apa hak di0rang nak buat macam tu dekat mak ayah di0rang..???? di0rang bagi makan kat mak ayah di0rang ke? di0rang bagi duit belanja kat mak ayah di0rang ke..??? aku bukan nak cakap aku ni baek macam malaikat ke ape, tapi aku cube yang terbaek untuk jaga hati family aku...

k la, pape p0n, dalam hidup kite, yang paling utama adalah Allah S.W.T.... kemudian ibu.... ayah.... n lastly barulah kekasih hati k.... <<< bak kata lagu tu la kan....

s0, lastly, aku nak mintak maaf kalau ada yang terasa... aku disini bukan je cuba nak nasihat kawan2 kat lua tu, tapi jugak nak beri peringatan untuk diri aku sendiri jugak....

renung2kan & ambil mana yang baik sebab yang baik tu sumenyer datang daripada-Nya n yang buruk tu juga datang daripada-Nya cuma aku dijadikan sebagai pengantara.... sama2 la kita ubah diri kita yang mana yang pat0t k.....

bye.... see u next time..... As Salam....







0h ibu~~~

kat sini aku saje je nak cite sumting yang terjadi hari sabtu bersamaan 16 julai 2011...

memang agak huru hara gak la....

citenyer bermula camni....

0nce up0n a time....hahahahahaha...takde la...merapu jek... =p

hurm,camni...Jumaat malam aritu nyaii aku (nenek la maksudnyer,aku kan jawa...hahahaha) wat kenduri...s0,ibu aku yang tersayang ni p0n balik la kampung dengan adik aku yang laki tuh...

then pagi sabtu di0rangg p0n balik la ke umah semula...petang tu,dalam lepas2 z0h0r,aku try k0l umah,tapi takde 0rang yang angkat...s0,dalam pale 0tak aku >>> 'time aku takde,rajin pulak merayap di0rang ni kan..!!'....takpe la,aku kasik chance...

lepas asar aku try k0l lagi,tapi takde 0rang angkat gak...k0l nset p0n xangkat...dalam pale 0tak aku >>> 'ambo0o0iiiii,sakan...!!!!!'...takpe2,aku sab0 lagi..... -_-

then,pas mahgrib,aku k0l..... p0n same,tak angkat gak....aku mule risau... -_-"
sebab,mak aku tak penah balik lewat sampai lepas mahgrib kalu g mane2 p0n....ado0o0iiii...risau2...ape dah jadik kat di0rang nih..???bape kali aku try k0l tak angkat,k0l umah nyaii aku,tanya ada kat sane ke,tapi nyaii aku cakap takde....ahhhhh,sudah....kacau.....mane di0rang pegi nihh...????

pastu,dalam kul sepuluh lebih ibu k0l...ak jawab je salam ter0s tanya >> "ibu pegi mana ni?0rang k0l tak angkat sume?tau tak 0rang risau..!!!"

pastu dengan selamber ibu aku jawab....

"0hhh...wayar telep0n umah tercab0t,ibu tak perasan...lepas tu,bateri nset habis,ni baru nak cas..."

yang aku mampu jawab hanyalah >>> "hah...????!!!! " -_-"

aduhai b0nda~~~~




c0retan pertamaku~~~

As Salam....

hye sumer....

i'm new here....

hurm....

sebenarnya aku ni takde la suke sangat menulis,tp mungin sebab dah b0san yang teramat,maka lahirlah bl0g aku nih yang telah diberi nama >>>>


~~ tEmPe GorEng ~~



hahahahahaha~~~




lagi nak tulis ape eak..???

hmmm,meh la aku kenalkan ckit pasal diri aku nih.....

nama yang dah ibu & ayah aku bagi is Nur Afifah Binti Razali...

aku nih anak pertama dari 3 orang adek bradek...

ni la family aku yang selalu kec0h..~~~



n0w aku still blaja kat Institut Teknikal Jep0n Malaysia ( JMTi ) <<< kasi pr0m0te ckit...hehehehehe~~~

hurm,yang tu je la yang penting p0n kan....dah la tu~~~ =)

ehhh,jup2...yang penting...aku ni seku gelak....sebab tu ad 'hehehe @ hahahaha' memanjang dalam p0st aku nih....

k la,c u next time...bye~~~

As Salam...